Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pekerja terpaksa melakukan kerja dari rumah termasuklah penyampai-penyampai berita daripada Astro AWANI.
Meskipun perlu bekerja dari rumah masing-masing, penyampai berita dari Astro AWANI ini dilihat masih mampu menyampaikan berita dengan baik.
Advertisement
Meskipun begitu, melakukan kerja dari rumah ini bukanlah satu perkara mudah, ada sahaja masalah berlaku ketika bersiaran lansung.
Menerusi perkongsian oleh saudara Hakim Rahman, ada sahaja pelbagai ragam rakan sekerjanya yang pertama kali menggunakan Google Meet seperti bunyi pintu di rumah, bunyi ayam berkokok, lampu buat hal dan tak kurang juga ada yang terlupa membuka penutup pada kamera.



Buat hal la masing2 #wfh #bloopers pic.twitter.com/3cWjMOKG5N
— Hakim Rahman (@HakimAWANI) January 23, 2021
Rata-rata penonton yang menyaksikan bloopers ini terhibur menyaksikan telatah penyampai berita dari Astro AWANI bekerja ketika pandemik COVID-19 ini.
Sumber: Twitter @HakimAWANI