Skip to main content

Advertisement

Hiburan

8 Pasukan Bakal Berentap Di SSSVB 2022!

SSSVB 2022 atau dikenali sebagai Sooka Super Series Volleyball akan tampil dengan format perlawanan berkumpulan di mana lapan pasukan akan berentap selama empat minggu bagi merebut kejuaraan edisi pertama. Pasukan yang akan terlibat adalah SAC Selangor Lions, Melaka Mousedeer, Kuala Lumpur Shark, Sarawak Hornbill, ATM Gladiators, Sabah Rhino, Johor Tiger dan pasukan jemputan antarabangsa iaitu, Amelia Indonesia.

Kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, “Sukan bola tampar adalah salah satu sukan yang mempunyai peminat tempatan yang tersendiri terutamanya daripada golongan millennial. Kami mengalu-alukan inisiatif sooka, Astro Arena, dan MAVA untuk memperkasakan penglibatan dan penyertaan bakat-bakat muda untuk digilap dan diberi pendedahan dalam liga berkualiti seperti ini.”

Advertisement

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow menyifatkan SSSVB 2022 adalah sebuah 1 langkah permulaan dan platform terbaik untuk melihat sukan ini berkembang dan boleh berdaya saing di peringkat antarabangsa.

SSSVB-2022-Jadual-Perlawanan.jpg

Kepada peminat-peminat sukan bola tampar, boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my bermula pada 12 Oktober 2022 untuk hadir ke gelanggang menyaksikan SSSVB 2022 nanti. Aplikasi sooka boleh dimuat turun dari Google Playstore atau Apple Appstore.

SSSVB 2022 akan berlangsung di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor bermula 14 Oktober hingga 6 November 2022.

ERA Muzik Hit Terkini