Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Yang Kata Bahaya, Boleh Ke Tak Bersukan Pada Waktu Malam?

Ramai antara kita lebih gemar untuk melakukan aktiviti sukan pada waktu malam, mungkin atas faktor kekangan waktu pada siang hari dan juga mungkin merasakan waktu malam lebih sejuk cuacanya berbanding siang.

ramai keliru kenyataan bahaya bersukan waktu malam boleh bawa maut. ini fakta sebenar!

Advertisement

Namun begitu, timbul kenyataan oleh seorang doktor menyatakan bersukan pada waktu malam boleh membawa kesan buruk kepada diri dan boleh menjadi pembunuh senyap.

Adakah ini fakta atau sekadar mitos semata?

Menurut Dr. Afiq Rahim, seperti dipetik dari laman Medical Mythbusters Malaysia, bersenam atau bersukan pada waktu malam boleh membantu seseorang itu mencapai kualiti tidur yang lebih baik, lagi-lagi bagi mereka yang insomnia.

ramai keliru kenyataan bahaya bersukan waktu malam boleh bawa maut. ini fakta sebenar!

Namun, adalah dinasihatkan agar seseorang itu mengelakkan senaman berat dan berintensiti tinggi untuk tempoh satu jam sebelum tidur.

Malah, tidur yang berkualiti juga boleh mengurangkan risiko darah tinggi, masalah serangan jantung dan juga angin ahmar.

Justeru, tiada masalah untuk seseorang itu bersukan atau bersenam pada waktu malam ya!

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini