Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dah Boleh Makan Di Restoran Ikut Pada Kapasiti Meja

Orang ramai akhirnya dibenarkan untuk makan di restoran atau kedai makan mengikut kepada saiz atau kapasiti meja makan bermula semalam.

dah boleh makan di restoran ikut pada kapasiti meja

Kelonggaran itu diberikan supaya mereka yang berkeluarga dapat makan bersama di restoran tanpa perlu mengasingkan meja.

Advertisement

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dibuat selaras dengan kelonggaran kapasiti penumpang kenderaan yang dibenarkan sebelum ini.

"Kita dapati ada rungutan daripada banyak pihak selepas kita beri kelonggaran penumpang dalam kenderaan. Ini kerana ada keluarga yang keluar makan di kedai namun, tidak boleh duduk di meja bersama.

"Sebagai contoh di kedai Cina, kebiasaannya meja yang digunakan adalah meja bulat dan ia boleh memuatkan sehingga enam orang. Jadi kita beri kelonggaran ini selagi ia memenuhi penjarakan fizikal,"

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan SOP dan kelonggaran yang diberi bukanlah bermakna COVID-19 sudah berakhir.

"Saya menjangkakan minggu ini jalan raya akan sesak kerana orang ramai akan pulang ke kampung atau membawa keluarga bercuti setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

"Jadi, kita harus terus patuh mengikut SOP dan kejayaan untuk melawan Covid-19 sangat penting dan terus menjaga keselamatan diri saja mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik.

"Kelonggaran yang diberi kerajaan ini juga adalah kerana kita harus seimbangkan antara kesihatan dan ekonomi sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi negara terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan keluarga," katanya.

Sumber: Astro Awani / HMetro

ERA Muzik Hit Terkini