Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan perjalanan dilakukan termasuk merentasi negeri bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha, Jumaat ini.

Meskipun begitu, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah perlu bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 berlaku semasa perayaan ini.
Advertisement
Ujarnya lagi, orang ramai boleh sama-sama membantu pihak berkuasa dengan membuat laporan jika terlihat berlakunya kes pelanggaran SOP.
Tiada sekatan perjalanan. Balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 27, 2020
- @IsmailSabri60
Bagi ibadah korban, hanya 20 orang sahaja dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan dan kerajaan juga menggalakkan sembelihan dilakukan di pusat penyembelihan yang dijamin kebersihannya.
Selain itu, hanya 20 orang tetamu sahaja dibenarkan berkunjung ke rumah pada satu-satu masa semasa perayaan Hari Raya Aidil Adha kali ini.
Sumber: BERNAMA