Jeriji tingkap dipasang dikebanyakkan rumah dan premis bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kecurian. Namun begitu, sekiranya berlaku kecemasan dari dalam rumah, jeriji tingkap ini boleh memberikan kesukaran dalam proses menyelamat.
Menerusi laman Instagram, pihak Bomba Malaysia telah berkongsi satu jenis jeriji yang disarankan sesuai dipasang bagi memudahkan proses menyelamat semasa kecemasan.
Advertisement



Menurutnya lagi, kes kematian semasa kecemasan biasanya terjadi akibat daripada jeriji kekal yang dipasang pemilik, menyebabkan proses memotong jeriji menjadi rumit.
Sumber: Friends of Bomba Malaysia