Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bomba Selamatkan Wanita Kemurungan Jatuh Perigi

bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi

Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak sini, hari ini.

Advertisement

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu melibatkan mangsa berusia 58 tahun yang didakwa mengalami kemurungan ditemukan dalam keadaan bersandar sambil menggunakan kaki pada pembentung perigi oleh kakaknya.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazarudin Mahusain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 5.29 pagi.



"Kami menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa pada jam 6.07 pagi sebelum menyerahkannya kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Menurut ahli keluarga, mangsa tinggal sendirian selepas kematian suami pada tahun 2021 dan tidak mempunyai anak.

 

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini