Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tokyo 2020: Bonnie Berjaya Raih Pingat Emas Pertama, Catat Rekod Baharu Paralimpik

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.

tokyo 2020: bonnie berjaya raih pingat emas pertama, catat rekod baharu paralimpik

Advertisement

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak yang dilihat sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg (yang dahulunya dipegang oleh Rasool Mohsin dari Iraq dengan angkatan 227kg) sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

 

Sumber: Stadium Astro

 

ERA Muzik Hit Terkini