Dua eksekutif yang juga majikan kepada sebuah syarikat dinegara China telah melakukan sesuatu yang mungkin tidak akan dilakukan oleh majikan-majikan lain seluruh dunia.
Mana tidaknya, kedua-dua majikan tersebut dilihat membasuh kaki beberapa orang pekerja mereka yang telah bekerja kuat bagi menaikkan nama syarikat.
Advertisement


Kejadian yang berlaku disalah satu daerah Shandong, China ini mendapat perhatian orang ramai sambil menyifatkan ia sebagai suatu yang diluar jangkaan.

Membasuh kaki pekerja bagi tanda penghargaan dan ucapan terima kasih bukanlah suatu yang baru kerana tiga tahun lalu, kejadian yang sama pernah terjadi di Shenzen, China.

Sumber: SCMP