Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Larang Buat Kerja Ofis Di Hujung Minggu, Bos Izinkan Kerja Setengah Hari Di Hari Jumaat

Seorang majikan daripada sebuah syarikat dari Indonesia ini telah mencuri perhatian ramai kerana tidak membenarkan seorang pekerjanya membuat kerja ketika hujung minggu.

Dipetik daripada laman Twitter @Torriosh, beliau telah berkongsi screenshot perbualan Whatsapp bersama majikannya yang mengesan beliau melakukan kerja ketika hujung minggu.

Advertisement

larang buat kerja ofis di hujung minggu, bos izinkan kerja setengah hari di hari jumaat

larang buat kerja ofis di hujung minggu, bos izinkan kerja setengah hari di hari jumaat

Menurut Torry, sudah menjadi budaya di syarikat tersebut yang melarang pekerjanya untuk bekerja hujung minggu, malah beliau hanya perlu bekerja Isnin hingga Khamis dengan tambahan 1 jam supaya dapat bekerja setengah hari pada hari Jumaat. Bestnya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi majikan syarikat berkenaan dan mahu bekerja dengannya suatu hari nanti.

ERA Muzik Hit Terkini