Selepas Itali, kini Britain mungkin akan mengalami nasib yang sama selepas negara itu mencatatkan peningkatan drastik kes jangkitan serta kematian akibat wabak COVID-19.

Menurut Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata jumlah kematian di United Kingdom meningkat kepada 233 orang, iaitu angka yang sama dengan Itali pada 7 Mac lalu.
Advertisement
"Angka bertambah dengan pantas dan kita hanya dua atau tiga minggu ketinggalan di belakang Itali kecuali jika kita bertindak bersama-sama dan berani serta kolektif untuk memperlahankan penularan wabak.
"Jika tidak, mungkin NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan) akan tumpas," katanya.

Kini, kira-kira 1.5 juta penduduk Britain yang dikenalpasti berisiko telah diminta untuk berkurung di rumah sekurang-kurangnya 12 minggu atau pun 3 bulan.
"Mereka yang menghidap penyakit kritikal seperti kanser tulang atau darah, cystic fibrosis atau penerima organ dinasihatkan berkurung dalam tempoh yang lebih lama", kata Setiausaha Kerajaan Tempatan, Robert Jenrick dalam satu kenyataan.
Sumber: Sinar Harian