Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Angin Kencang Dan Ombak Bawa Bronok Penuh Di Pantai Langkawi

Sekali pandang, hidupan tidak berkaki ini kelihatan tak ubah seperti lintah, timun laut atau gamat.

angin kencang dan ombak bawa bronok penuh di pantai langkawi

Advertisement

Bronok, spesis hidupan laut yang hidup dalam kawasan pantai berselut di Langkawi, mempunyai badan yang licin dan berwarna hitam bagi yang sudah tua, dan merah jambu bagi yang masih muda. Haiwan ini juga sensitif kepada haba, dan akan mencair kalau panas.

angin kencang dan ombak bawa bronok penuh di pantai langkawi

Bagi sesetengah orang yang tak biasa, Bronok mungkin agak menggelikan kerana sekali pandang nampak macam lintah. Erk!

angin kencang dan ombak bawa bronok penuh di pantai langkawi

Namun, bagi mereka yang berasal daripada Langkawi, Bronok merupakan hidangan wajib yang disediakan ketika kenduri kendara dan biasanya dibuat kerabu. Rasa kerabu Bronok agak masin dan isinya pula sedikit tebal. Malah ketika musim hujan dan ombak kuat baru-baru ini, banyak bronok ditemui disekitar pantai di persisiran pantai Langkawi.

angin kencang dan ombak bawa bronok penuh di pantai langkawi

Ok siapa nak try?

ERA Muzik Hit Terkini