Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Universiti Ini Buat Duit Poket RM28,000 Sebulan Dengan Ternak Lipas

Buat kebanyakkan kita, lipas adalah serangga yang mampu membuatkan kita lari lintang pukang. Tetapi siapa sangka serangga ini mampu memberi pulangan lumayan, sehingga hampir RM28,000 ?

Tong, seorang pelajar di universiti di Taiwan, berjaya menjadikan karier membela lipas untuk dijual kepada pembeli, sehingga beliau mampu menjana pendapatan sebanyak 200,000 TWD (bersamaan RM28,300).

Advertisement

pelajar universiti ini buat duit poket rm28,000 sebulan dengan ternak lipas

Menurut China Press, bisnes membela lipas ini bermula pada tahun lepas apabila beliau membeli lipas untuk dijadikan haiwan peliharaan. Merasakan proses membeli lipas itu amatlah susah dan terpaksa melalui beberapa prosedur, Tong nekad untuk menternak sendiri lipas.

pelajar universiti ini buat duit poket rm28,000 sebulan dengan ternak lipas

Dalam masa 6 bulan, Tong berjaya menternak sebanyak 300,000 hingga 400,000 ekor lipas, dan menjualnya kepada pembeli.

Sumber: China Press

ERA Muzik Hit Terkini