Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Buat Report Polis Kereta Hilang Di Negeri Sembilan, Rupanya Salah Parking

lelaki buat report polis kereta hilang di negeri sembilan, rupanya salah parking

Seorang lelaki berusia 31 tahun di Mantin, Negeri Sembilan, telah membuat satu laporan polis pada jam 11.45 malam, selepas menyedari keretanya jenis Perodua Alza telah hilang.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendent Mohd Nor Marzukee berkata, lelaki berkenaan membuat laporan menyatakan bahawa keretanya telah tiada ditempat parking kebiasaannya berdekatan Flat Seri Pajam, Mantin, sekitar jam 7.30 malam.

lelaki buat report polis kereta hilang di negeri sembilan, rupanya salah parking

Pegawai polis daerah Nilai segera dikerahkan untuk membuat rondaan bagi mencari kereta lelaki berkenaan dan telah menjumpai kereta tersebut tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat.

Selepas disiasat, rupanya lelaki tersebut telah tersalah meletakkan kenderaannya itu kira-kira 7km daripada tempat tinggal, dirumah majikannya.

“Kereta tersebut tidak dicuri. Lelaki berkenaan telah terlupa dimana kali terakhir beliau meletakkan kenderaan. Insiden berkenaan berlaku apabila beliau menggunakan kereta milik syarikat untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya dikawasan perumahan majikan”, kata Superitendent Mohd Nor Marzukee.

Sumber: World of Buzz

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini