Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sambutan Ulang Tahun Bertukar Tragedi Apabila Buaya Baham Sebelah Tangan Pelatih Haiwan

Sambutan ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak bertukar tragedi apabila seekor buaya menyerang pelatih haiwan di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu berlaku di Scales and Tails, Utah ketika sambutan itu diadakan di lokasi tersebut.

Advertisement

sambutan ulang tahun bertukar tragedi apabila buaya baham sebelah tangan pelatih haiwan

Malang tidak berbau, seekor buaya itu secara tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya.

Pelatih wanita berkenaan bertindak untuk menarik keluar tangannya dari mulut buaya tetapi reptilia itu tidak mahu melepaskannya.

sambutan ulang tahun bertukar tragedi apabila buaya baham sebelah tangan pelatih haiwan

Tindakan berani seorang pelawat Donnie Wiseman menyelamatkan pelatih itu dengan melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya tersebut.

Beberapa bantuan daripada pengunjung lain juga berjaya mengeluarkan tangan pelatih wanita berkenaan dari mulut buaya tersebut.

sambutan ulang tahun bertukar tragedi apabila buaya baham sebelah tangan pelatih haiwan

Sumber: [1] [2]

Oleh: Muhammad Izwan Zainal

ERA Muzik Hit Terkini