Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Bimbang Keselamatan Penduduk, Buaya ‘Gergasi’ Sesat Masuk Kampung Berjaya Ditangkap

Hujung minggu lalu, seekor buaya sepanjang empat meter berjaya ditangkap penduduk kampung dan dikhabarkan ia tersesat berhampiran perairan Pulau Gaya.

Seawal jam 8 pagi, kejadian itu disedari oleh penduduk Kampung Pondo dan rakaman video tular di media sosial mengenai penduduk kampung berusaha menangkap buaya terbabit.

Advertisement

buaya ‘gergasi’ sesat masuk kampung di pulau gaya berjaya ditangkap

Menurut Ketua Kampung Pulau Gaya, Rajit Serong, penduduk kampung bekerjasama mengekori buaya itu dengan menggunakan bot.

“Buaya itu berlegar-legar berhampiran pantai Kampung Lobong dan kelihatan jelas ketika air laut surut.

“Kami terus memasang jerat menggunakan tali sebelum berjaya menangkapnya kira-kira jam 5.30 petang tadi,” katanya.

buaya ‘gergasi’ sesat masuk kampung di pulau gaya berjaya ditangkap

Malah, penduduk kampung juga menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia itu.

“Ini kali pertama mereka menangkap haiwan ganas itu sejak tinggal di pulau berkenaan.

“Tujuan kami menangkapnya kerana bimbang keselamatan penduduk di pulau ini terutama kanak-kanak dan nelayan,” katanya.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini