Seekor buaya milik seorang individu yang tinggal di dalam kolam kuil Sri Ananthapadmanabha di Kerala, India mendapat perhatian ramai kerana ia tidak pernah makan daging.
Reptilia bernama Babiya hanya makan nasi yang dimasak di kuil itu sahaja sehingga ia digelar buaya vegetarian.
Advertisement
Malah, buaya itu juga cukup unik kerana tidak pernah menyerang paderi-paderi di situ.
Hanya dua hidangan nasi sehari, iaitu pada waktu pagi dan tengah hari sahaja rutin makan bagi haiwan tersebut.
![[video] buaya ‘suci’ tak pernah makan daging, hanya makan nasi dua kali sehari](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2021/Oct/25/d5_12.jpg)
Menurut seorang petugas kuil itu, Babiya tidak pernah menerima hidangan daging mahu pun menyerang ikan-ikan di kolam itu.
![[video] buaya ‘suci’ tak pernah makan daging, hanya makan nasi dua kali sehari](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2021/Oct/25/d2_23.jpeg)
Sikap pelik buaya ini tidak memakan daging masih menjadi tanda tanya setiap individu kerana buaya lazimnya suka makan daging.
Sumber: Oddity Central