
Sumber: World of Buzz
Advertisement
Budak perempuan berumur 10 tahun ada jangkitan pada otak selepas ibunya memicit blackhead pada hidungnya menggunakan tangan yang kotor.
Dah banyak tips kesihatan dan kecantikan menasihatkan bahawa jangan sesekali kita menyentuh wajah kita menggunakan tangan kita kerana terlalu banyak bakteria yang ada pada tangan. Kita pun tak ingat apa yang kita sentuh dan seterusnya sentuh wajah kita.

Di Guangzhou, seorang wanita memicit blackhead yang ada pada hidung anaknya yang berumur 10 tahun. Tak lama selepas itu anaknya terus demam. Keluarganya menyangka ianya mungkin disebabkan selsema tetapi segalanya jadi lebih teruk apabila anaknya mula sakit kepala, muntah dan hilang selera makan.
Selepas melakukan MRI, doktor memberitahu terdapat pembetukan nanah dan bahan lain di otaknya disebabkan jangkitan bakteria atau kulat.

