Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak 12 Tahun Buktikan Boleh Cipta Sendiri Computer Game

Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri, 12 tahun, membuktikan kemampuannya mencipta sendiri permainan komputer setaraf dengan yang dibangunkan pencipta lain.

budak 12 tahun buktikan boleh cipta sendiri computer game

Dipetik dari BH Online, Thaqif yang merupakan anak sulung daripada 2 beradik itu terpaksa bersekolah sehingga Tahun 5 sahaja kerana masalah kesihatan.

Advertisement

Pada mulanya ramai tidak percaya kanak-kanak berusia 12 tahun sepertinya boleh berbuat demikian apabila dia bertanya nama sesuai diberikan kepada permainan sedang dibangunkannya itu di halaman Facebook, PC Gaming Community (Malaysia), sebelum kisahnya ditularkan sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu bertemu dengannya.

Thaqif menghadapi cabaran untuk menyiapkan permainan komputernya itu kerana dia menggunakan komputer di Pusat Internet Malaysia, yang tidak sesuai untuk menampung spesifikasi permainan komputer.

budak 12 tahun buktikan boleh cipta sendiri computer game

budak 12 tahun buktikan boleh cipta sendiri computer game

Selain mencipta permainan komputer, Muhammad Thaqif Syahiran juga menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dengan menjual sim kad, perkhidmatan fotografi khusus untuk gambar pasport dan cecair asap digunakan untuk majlis yang dihasilkannya sendiri.

Sumber: BH Online

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini