Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak 6 Tahun Mampu Bertutur 17 Bahasa

budak 6 tahun mampu bertutur 17 bahasa

Kanak-kanak berusia enam tahun berkebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa bersama datuknya mencuit perhatian netizen.

Advertisement

Video berdurasi 3 minit 48 saat itu mula tular selepas pertama dimuat naik di akaun TikTok @sarmilakrishna87.

Pada usianya yang baru sahaja mencecah 6 tahun, M Chatriyan sudah mampu mengira dan bertutur dalam 17 bahasa.

Bapanya, M Moganasuntharan, 37, mengakui bahawa anak sulong daripada dua beradik itu dalam proses menguasai 17 bahasa antaranya Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia, Jepun, Sepanyol, Urdu, Tamil, Korea dan Rusia.

Tambahnya, Chatriyan tidak seperti kanak-kanak lain seusianya, dia tidak suka bermain dengan peralatan permainan sebaliknya dia lebih suka menelaah bahan bacaan dan menulis huruf untuk diingati.

 

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini