AME 2018 bakal berlangsung pada hari Ahad ini 8 April bermula dengan konsert tirai seawal 8.30 malam. Memang terlalu ramai yang inginkan tiket untuk menyaksikan artis kesayangan mereka di anugerah ini.
Salah seorangnya adalah kanak-kanak autism, Zahiem Assaid Zaharul Lailiddin yang berusia 15 tahun. Melalui Instagram ibunya, @masnura_muslim.
Advertisement
Puan Masnura ada memuat naik video anaknya itu berdoa agar dapat tiket untuk pergi bersama dua adik beradiknya yang lain. Menurut Masnura, anaknya itu memang suka menonton program MeleTOP dan bila dapat tahu ada AME 2018, dia meminta agar mendapatkan tiket untuk anaknya itu.
"Saya sendiri pun tak begitu ambil berat mengenai AME2018 tetapi Zahiem memang setiap hari akan ingatkan saya dan begitu teruja untuk pergi menonton AME2018.
"Buntu juga saya kerana tidak tahu bagaimana hendak dapatkan tiket kerana sudah berjanji dengannya untuk membawanya menonton," katanya kepada mStar.
Untuk memenuhi impiannya itu pihak Astro berbesar hati memberinya 3 keping tiket untuk ke AME 2018.
"Pihak Astro berbesar hati dapat merialisasikan impian Zahiem bersesuaian dengan konsep AME2018 yang meraikan semua," kata wakil Astro.