Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak Dipatuk Ular Yang Menyorok Dalam Bakul Mainan Ketika Sedang Bermain Sendirian Di Shah Alam

Baru-baru ini tular satu video dilaman sosial Facebook menunjukkan seorang budak yang sedang bermain sendirian telah dipatuk seekor ular yang berada dalam raga permainannya.

budak dipatuk ular yang menyorok dalam bakul mainan ketika sedang bermain sendirian di shah alam

Advertisement

Kanak-kanak terbabit dikatakan sedang bermain dan terlihat ular terbabit lalu cuba menariknya keluar daripada bakul, namun gagal.

budak dipatuk ular yang menyorok dalam bakul mainan ketika sedang bermain sendirian di shah alam

Kemudian dia cuba memasukkan peralatan mainan ke dalam bakul dan ingin mengangkat bakul masuk ke dalam rumah, namun telah dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan kanak-kanak ini terduduk lalu menangis.

Video berdurasi 2.21 minit itu dikongsikan menerusi laman Facebook ‘Durian Media’ dilaporkan terjadi di Shah Alam. Insiden terjadi kira-kira jam 5.40 petang itu telah dirakamkan menerusi rakaman CCTV.

ERA Muzik Hit Terkini