Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangka Gula-Gula, Kanak-Kanak Dua Tahun Nyaris Mati Tertelan 20 Biji Bateri Butang

Jika anda jenis suka meletakkan bahan-bahan berbahaya yang mudah dicapai oleh kanak-kanak, sila pastikan anda meletakannya jauh daripada mereka.

Ini adalah kerana, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun nyaris maut apabila tertelan 20 biji bateri jenis butang kerana menyangka ia adalah gula-gula.

Advertisement

disangka gula-gula, kanak-kanak dua tahun nyaris mati tertelan 20 biji bateri butang

Kejadian yang berlaku di Queensland, Australia terjadi apabila si ibu masuk kedalam bilik anaknya dan melihat anaknya memegang bekas bateri yang telah kosong. Si anak menunjukkan bekas bateri itu sambil berkata ''yummy'', membuatkan si ibu gusar dan segera membawa anaknya ke hospital.

Doktor yang membuat pemeriksaan endoskopi menemui sebahagian daripada bateri yang ditelan, dan berjaya dikeluarkan selepas beberapa jam.

Tindakan pantas si ibu nyata telah menyelamatkan anaknya kerana jika terlewat sedikit, bateri-bateri itu akan membunuh anaknya daripada dalam. Ini adalah kemungkinan yang terjadi kepada perut anda andai anda tertelan bateri:

disangka gula-gula, kanak-kanak dua tahun nyaris mati tertelan 20 biji bateri butang

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini