Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar OKU Pulang Ke Kampung Berjalan Kaki Untuk Mengundi?

Demi menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pergerakan gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan.

IMG_7894.PNG

Muhammad Haikal Noor Azmin,18, merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas ingin berbuat demikian selepas tiket bas ekspres untuk pulang ke kampung dikatakan telah habis dijual.

Advertisement

Ketika di dalam perjalanan, Haikal ditemui seorang pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang di Jalan Bertam Indah 2, pada jam 7 petang semalam. Kata pensyarahnya, Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.

“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.” Tambah pensyarahnya. 

Muhammad Haikal dikatakan amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolejnya. Haikal telah kehilangan ayahnya dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik sejak berusia 11 tahun lagi.

ERA Muzik Hit Terkini