Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Budak Kerbau’ Kini Jadi Pelakon Dalam Filem. Cayalah!

Mohd Syukor Khamis, atau lebih dikenali sebagai ‘budak kerbau’ pernah menjadi perhatian ramai menerusi aksi fotogeniknya bersama sekawan kerbau.

‘budak kerbau’ kini jadi pelakon dalam filem. cayalah!

Advertisement

‘budak kerbau’ kini jadi pelakon dalam filem. cayalah!

Beliau kini bakal muncul dikaca televisyen dalam filem terbitan Arie Zaharie Production menerusi filem bertajuk “Budok Kuba”.

Filem yang mengisahkan Amar, lakonan Syukor yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup setelah berpindah dari bandar ke kampung ibunya setelah ibu dan bapanya bercerai.

Menemui ketenangan dalam kalangan kerbau dan haiwan ternakan milik datuknya, Amar mula melalui konflik selepas bapanya berubah hati akibat daripada perkahwinannya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

Filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su, Emelda Rosmila, Kamaliah Md Dom dan Sarah Daud, bakal ditayangkan di Astro menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra dan Citra HD pada jam 9 malam 20 Julai ini.

Terbaik lah!

‘budak kerbau’ kini jadi pelakon dalam filem. cayalah!

ERA Muzik Hit Terkini