Kanak-kanak yang berumur 11 tahun sepatutnya masih belum tahu apa itu tanggungjawab besar untuk bekerja dan sebagainya. Mereka sepatutnya ke sekolah dan seronok bermain bersama kawan-kawan yang lain.
Tapi Alexis Peralta, 11, mengambil alih sebagai ibu bapa dan abang kepada adiknya, AJ yang tak boleh bercakap mahupun berjalan. Selepas ditinggalkan ayah dan ibunya, Alexis lah yang menjaga adiknya itu. Walaupun tiada tempat tinggal, guru disekolahnya memberi kebenaran kepada Alexis untuk tinggal di pejabatnya.
