Akibat terlalu taksub dengan filem adiwira Spider-Man, tiga beradik lelaki di Bolivia berdepan padah selepas sengaja membiarkan diri mereka digigit labah-labah jenis Black Widow.

Mangsa yang berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu dilaporkan sedang menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi ketika kejadian itu sedang berlaku.
Advertisement
Menurut ketua epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro berkata, kesemua mangsa berharap dapat bertukar menjadi SpiderMan selepas digigit labah-labah berbisa itu.
Namun, ketiga-tiga mangsa mula mengalami demam, berpeluh dan juga sakit otot dalam tempoh beberapa minit, sehingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.

Mangsa berjaya dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital selepas seminggu kemudian.
Bisa daripada labah-labah Black Widow boleh mempengaruhi sistem saraf dan menyebabkan gejala jangka panjang seperti sakit otot, mual dan kelopak mata membengkak. Ia langsung sama sekali tidak menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa seperti SpiderMan.
Sumber: NY Post