Tali keselamatan sering menjadi pilihan ramai ibu dan bapa dalam memastikan keselamatan anak ketika berada diluar. Ia sedikit sebanyak memberi kebebasan kepada anak untuk berjalan sendiri dalam pengawasan ibu bapa.

Namun begitu, akibat kurang pengawasan oleh ibu bapa, seorang kanak-kanak di China, yang dipasangkan tali keselamatan ini nyaris menempa maut apabila tergantung pada pintu lif kira-kira 2 minit.
Advertisement

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku selepas kanak-kanak itu melangkah masuk ke dalam lif bersendirian dengan lif yang terikat pada pergelangan tangannya. Namun belum sempat pengasuhnya masuk, lif itu telah tertutup sendiri.

Lif itu bergerak turun menyebabkan kanak-kanak itu tergantung pada pintu lif selama hampir 2 minit.
Mujur lif itu berhentu selepas mengesan pergerakan luar biasa didalamnya dan mode kecemasan diaktifkan selepas insiden terbabit berlaku.
Heart-stopping moment! Toddler walked into the elevator alone with leash attached to her wrist. When the elevator started, she got hung up by the leash for over a minute. Luckily, the elevator went into an emergency halt. Please watch your children at all times! pic.twitter.com/ZWTMstPu7F
— People's Daily, China (@PDChina) May 29, 2020
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kanak-kanak itu telah diselamatkan oleh pasukan penyelengaraan bangunan.
Sumber: People Daily