Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak Tidur 11 Hari Sebelum Tak Mampu Bercakap dan Bergerak

budak tidur 11 hari sebelum tak mampu bercakap dan bergerak

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Pakar perubatan bingung selepas seorang budak lelaki berusia 7 tahun tidur selama 11 hari. Wyatt Shaw baru bangun daripada tidur selepas menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya. Shaw tidur seperti biasa dan hanya buka mata sebelum sambung tidur. 

“Saya memegang badannya dan memanggil namanya beberapa kali dan dia tidur semula. Ia sangat menakutkan,” kata ibunya, Amy. 

Disebabkan khuatir dengan keadaan anaknya, Amy membawanya ke Hospital Kanak-Kanak Norton di Louisville di mana dia tidur selama 10 hari.

Selepas membuat beberapa ujian doktor mendapati Shaw bebas daripada sebarang penyakit atau jangkitan kuman atau virus.

“Doktor percaya Shaw mungkin mengalami sedikit gangguan di otaknya yang menyebabkan dia terus tidur,” jelasnya. 

Shaw juga bebas daripada sebarang penyakit, jangkitan kuman mahupun virus. 

Shaw pada mulanya tidak boleh bercakap atau bergerak tetapi selepas mendapat rawatan kanak-kanak itu semakin pulih. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini