Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak Tiga Tahun Rabun Sebab Selalu Tengok Kartun Dalam Telefon Bimbit, Mungkin Berisiko Buta

Jika anda selalu membenarkan anak atau adik anda yang masih kecil menonton kartun pada smartphone, anda mungkin boleh hentikan ia bermula daripada sekarang.

budak tiga tahun rabun sebab selalu tengok kartun dalam telefon bimbit, mungkin berisiko buta

Advertisement

Ini adalah kerana seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah mengalami masalah penglihatan selepas tinggal bersama datuk dan nenek yang sering memberinya telefon bimbit.

Tong Tong sering bermain telefon pintar dan menonton kartun setiap hari kerana hanya dengan cara itu akan membuat dia duduk diam.

Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, doktor terkejut apabila penglihatannya terjejas menyebabkan rabun jauh setinggi 200 darjah.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata bagi memperbetulkan penglihatannya. Namun jika kanak-kanak ini masih lagi menggunakan telefon bimbit, dia mungkin berisiko untuk buta penglihatan.

Sumber: Setn, World of Buzz

ERA Muzik Hit Terkini