Baru-baru ini tular foto menunjukkan orang ramai mengambil kesempatan untuk mendaki Bukit Broga di Semenyih selepas kerajaan membenarkan aktiviti mendaki pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, lokasi tumpuan itu kini terpaksa ditutup sementara waktu gara-gara berlakunya pelanggaran SOP yang ditetapkan.
Advertisement
" Dimaklumkan bahawa hasil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor pada 24 Jun 2020 telah bersetuju untuk menutup Bukit Broga bagi sebarang aktiviti pendakian disebabkan berlakunya pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh KKM. Penutupan Bukit Broga adalah selama dua minggu mulai 27 Jun 2020.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020."

Pemakluman ini diberikan menerusi APM Daerah Hulu Langat sambil memohon agar agensi berkaitan dapat membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).