Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar angkasa lepas, kedudukan Bumi sekarang adalah semakin menghampiri dengan lohong hitam, juga dikenali sebagai black hole di Galaksi Bima Sakti.

Advertisement
Pasukan yang dianggotai oleh pakar dari National Astronomical Observatory of Japan (NAOJ) berkata kedudukan lohong hitam itu ketika ini adalah pada jarak 25,800 tahun cahaya, berbanding 27,700 tahun cahaya sebelum ini seperti yang dilaporkan Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 1985.
Lohong hitam yang diberi nama Sagittarius A atau Sgr A itu berada di tengah Galaksi Bima Sakti dan mempunyai jisim 4.2 juta kali ganda lebih besar dari Matahari.

Ketika ini juga, sistem solar kita juga dilaporkan sedang bergerak lebih pantas pada kelajuan 227 km/j, berbanding hanya 220 km/j pada kajian terdahulu.
Earth just got 7 km/s faster and 2000 light-years closer to the black hole in our galaxy. These changes are results of a better model of the #MilkyWayGalaxy based on observation data, including a catalog of objects observed by VERA.https://t.co/utBGj61Pexhttps://t.co/d04FhOrHJp pic.twitter.com/aPcPga7DM7
— NAOJ (@prcnaoj_en) November 26, 2020
Hasil kajian itu diperoleh menerusi projek VERA yang ditubuhkan sejak tahun 2000, bertujuan mengkaji halaju dan struktuk Bima Sakti secara tiga dimensi dengan lebih tepat menggunakan teknik yang dipanggil interferrometri.
Sumber: Daily Mail