Skip to main content

Advertisement

Hiburan

30 Tahun Dari Sekarang, Suhu Bumi Jadi Serendah -50 °C, Alami Zaman Mini Ice Age - Saintis

Dalam masa kira-kira 30 tahun daripada sekarang, bumi dijangka akan mengalami perubahan suhu yang sangat ketara dengan suhu serendah -50 °C, seperti yang dilaporkan oleh sekumpulan saintis.

30 tahun dari sekarang, suhu bumi jadi serendah -50 °c, alami zaman mini ice age - saintis

Zaman yang juga dikenali sebagai 'Mini Ice Age' terjadi disebabkan matahari yang akan mengalami proses semulajadi iaitu 'solar minimum', dimana matahari ketika itu akan mengalami penurunan suhu.

Advertisement

30 tahun dari sekarang, suhu bumi jadi serendah -50 °c, alami zaman mini ice age - saintis

Kali terakhir kejadian solar minimum berlaku adalah sekitar tahun 1650.

Menurut NASA, matahari akan mengalami aktiviti terendahnya pada tahun 2020 dan suhu matahari akan turun sebanyak 1°C, seperti yang dilaporkan oleh pengkaji dari Universiti Northumbria, Profesor Valentina Zharkova.

30 tahun dari sekarang, suhu bumi jadi serendah -50 °c, alami zaman mini ice age - saintis

Walaupun 1°C dilihat macam nilai yang kecil, namun ia secara tidak langsung memberi kesan kepada purata suhu di bumi.

Kejadian solar minimum adalah fenomena biasa yang berlaku pada matahari setiap 11 tahun, dan tahun 2020 merupakan permulaan kepada kejadian 'Grand Solar Minimum' yang berlaku setiap 400 tahun, dimana suhu matahari akan turun lebih banyak daripada biasa.

30 tahun dari sekarang, suhu bumi jadi serendah -50 °c, alami zaman mini ice age - saintis

Menurut Profesor Zharkova lagi, kesan daripada solar minimum ini secara tidak langsung akan membuatkan bumi menjadi terlalu sejuk dan lebih teruk lagi kekurangan bekalan makanan mungkin akan berlaku.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini