Sumber Telegraph
Siapa yang ada tabiat meletupkan jari-jemari atau leher? Pernah terfikir tak kenapa boleh ada bunyi 'prak' setiap kali kita letupkan jari?
Advertisement

Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi tersebut terhasil.
Kajian daripada Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang di isi gas, dan apabila ditekan, menyebabkan bunyi pop terhasil.

Gas yang telah larut selepas diletupkan akan mengambil sedikit masa untuk kembali mengisi ruang sendi, dan ini menerangkan kenapa kita tak boleh letupkan jari sebaik sahaja selepas diletupkan.
