Meskipun diambang kepupusan, lebih setengah juta ikan jerung akan dibunuh bagi menghasilkan vaksin COVID-19.

Keadaan itu mencetuskan rasa bimbang badan pembela jerung, Shark Allies di Amerika Syarikat kerana ia boleh menyebabkan spesis ini menjadi lebih cepat pupus.
Advertisement
Jerung diburu bagi mendapatkan minyak semulajadi iaitu ‘squalene’ yang boleh diekstrak dari hati haiwan itu.

Ketika ini, 'squalene' digunakan sebagai bahan tambahan dalam perubatan untuk meningkatkan keberkesanan vaksin dengan mewujudkan tindak balas imun yang lebih kuat.
Bagi menghasilkan satu tan squalene, kira-kira 3,000 ekor jerung perlu dikorbankan. Dan bagi memberi vaksin kepada setiap penduduk di dunia, mereka memerlukan lebih setengah juta ekor jerung.

Menurut Pengasas dan Pengarah Eksekutif Shark Allies, Stefanie Brendl berkata, terdapat beberapa ekor jerung yang kaya dengan sqalene, namun spesis tersebut diklasifikasikan sebagai sangat terancam berikutan populasinya yang kian berkurangan.
Bagi mengelakkan jerung untuk terus diburu, saintis kini sedang menguji alternatif bagi mendapatkan squalene, iaitu versi sintetik yang dihasilkan daripada pokok tebu.
Sumber: WebMD