Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Burung Kakak Tua Berjaya Kalahkan Pelajar Kejuruteraan Harvard Dalam Ujian Memori

Burung kakak tua bukan sahaja boleh meniru percakapan manusia, malah spesis burung ini ternyata mempunyai akal yang cukup bijak.

Ia terbukti selepas seekor burung kakak tua berjaya mengalahkan pelajar Universiti Harvard dalam satu ujian memori.

Advertisement

burung kakak tua berjaya kalahkan pelajar kejuruteraan harvard dalam ujian memori

Menerusi ujikaji itu, burung kakak tua Afrika atau nama saintifiknya Psittacus erithacus telah digunakan bagi menguji kecekapan memorinya berbanding pelajar dari jurusan kejuruteraan dan perubatan.

Ujian itu turut menguji kehebatan memori burung kakak tua bersama 21 orang kanak-kanak berusia 6 hingga 8 tahun serta 21 orang dewasa lain.

Ketua penyelidik, Hrag Pailian daripada bahagian psikologi universiti berkenaan mengakui ia suatu yang sangat tidak dijangka.

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini