Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lebih Peka Dari Alat Pengesan Api, Burung Kakak Tua Selamatkan Nyawa Dari Kebakaran

Seekor burung kakak tua menjadi hero selepas menyelamatkan nyawa pemiliknya daripada rentung.

lebih peka dari alat pengesan api, burung kakak tua selamatkan nyawa dari kebakaran

Kejadian berlaku pada Rabu, kepada Anton Nguyen ketika beliau sedang tidur lena semasa rumahnya di Brisband, Queensland dijilat api.

Advertisement

Menyedari rumah tuannya sedang dijilat api, Eric si burung kakak tua, segera memanggil nama Anton berulang kali untuk mengejutkannya daripada tidur.

Anton sedar namanya sedang dipanggil burung kakak tua itu, segera bangun dan menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan, Cameron Thomas berkata, rumah itu juga mempunyai alat pengesan api, namun burung tersebut nyata lebih pantas bertindak.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini