Satu kejadian aneh telah dilaporkan berlaku di Pasar Gede Solo, Jawa Tengah, Indonesia apabila ribuan ekor cacing dilihat keluar dari dalam tanah, tidak henti-henti banyaknya.

Menerusi video dan foto yang tular sejak semalam, terdapat ribuan ekor cacing dilihat keluar dari dalam tanah, membuatkan penduduk setempat berasa hairan dan pelik.
Advertisement

Menurut salah seorang peniaga di situ, Marsono berkata cacing itu mulai keluar dari tanah di taman sekitar pasar pada jam 5.30 pagi waktu tempatan.
"Cacing ini muncul dari taman. Kalau dikumpulkan, ada lebih dari satu baldi. Jumlah cacingnya terlampau banyak", katanya seperti yang dipetik dari Kompas.
Bagaimana pun menurut Pakar Lingkungan Hidup dari Universiti Sebelas Maret (UNS) Solo, Prabang Setyono, cacing itu keluar dari tanah dengan kuantiti yang sangat banyak adalah disebabkan fenomena alam.
Menurutnya, faktor cuaca kemarau menyebabkan kawasan bawah tanah menjadi kering, lalu membuatkan cacing-cacing ini keluar daripada habitatnya.
Tambahnya lagi, kejadian cacing keluar dari dalam tanah ini tidak hanya terjadi di Solo, sebaliknya ia terjadi di beberapa daerah lain juga.
Sumber: Kompas