Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cadangan Baru Bazar Ramadan Akan Sia-Siakan Kejayaan PKP Selama Ini

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengumumkan tiga kaedah baru yang akan diperkenalkan bagi melaksanakan aktiviti bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini iaitu pandu lalu, tempahan awal, bungkus dan ambil serta e-hailing.

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

Advertisement

Bagaimanapun menurut Master dari Akademi Perubatan Malaysia (AMM), Prof Dr Rosmawati Mohamed berkata, tindakan itu berpotensi mewujudkan kluster baru, dan akan mensia-siakan kebaikkan dan manfaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun konsep bazar Ramadan yang diumumkan agak inovatif, namun AMM tetap tidak bersetuju dengan rancangan mengadakan bazar Ramadan.

“Ini kerana, tiga kaedah yang diumumkan itu tidak menjamin keselamatan dan penularan wabak. Objektif utama PKP dilaksanakan adalah untuk mengurangkan penyebaran virus melalui amalan jarak sosial atau 'social distancing'.

“Memandangkan populariti dan kesesakan bazar Ramadan, amalan jarak sosial yang mencukupi amat susah atau mungkin mustahil untuk dicapai. Pertembungan tidak dapat dielakkan sepenuhnya daripada berlaku sama ada dalam perjalanan, di kawasan bazar Ramadan, mahupun antara pelanggan dan peniaga,” katanya kepada Awani.

tiada lagi bazar ramadan di kl, putrajaya dan labuan tahun ini

Dalam pada itu, AMM mencadangkan agar pelaksaaan bazar secara dalam talian boleh mengurangkan risiko jangkitan serta mengelakkan perhimpunan ramai di tapak bazar.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini