Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cadangan Lesen Dan Nombor Plat Pada Basikal Sedang Dikaji

Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat semakin menjadi popular dalam kalangan rakyat.

aktiviti berbasikal atas jalan raya kini dalam pemerhatian jpj

Advertisement

Namun, ada segelintir pihak yang berbasikal dikawasan yang merbahaya seperti atas jalan raya yang sesak, meskipun kawasan ini adalah dilarang seperti menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal adalah selamat, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar basikal dipasang dengan nombor plat serta memerlukan lesen khas.

cadangan lesen dan nombor plat pada basikal sedang dikaji

“MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelas Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kasim kepada Utusan Malaysia.

Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penunggang basikal daripada terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya.

Dalam perkembangan lain, aktiviti berbasikal atas jalanraya kini juga dalam pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber: Utusan

ERA Muzik Hit Terkini