Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cadangan Wujud Semula PLKN, Apa Pendapat Wira Wirawati Negara?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

cadangan wujud semula plkn, apa pendapat wira wirawati negara?

Dengan tujuan membina sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, program ini bagaimanapun dimansuhkan pada 2018.

Advertisement

Selepas lebih dua tahun ia dimansuhkan, wujud cadangan untuk membawa semula program berkenaan, yang akan dibentangkan terlebih dahulu sebelum ia mendapat kelulusan jemaah menteri.

“Program PLKN dimansuhkan 2018 namun berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme remaja yang telah menyertai program ini pihak kementerian akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula.

“Kita akan sediakan kertas memorandum jemaah menteri untuk kelulusan jemaah menteri,” kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini.

cadangan wujud semula plkn, apa pendapat wira wirawati negara?

Panggilan ‘Wira Wirawati’ merujuk kepada peserta program PLKN, dengan setiap peserta diletakkan dalam empat kumpulan berbeza, iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta.

Peserta PLKN perlu menjalani modul yang telah disediakan sebelum tamat latihan selama tiga bulan di kem PLKN yang disediakan.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini