Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sengaja Calarkan Kereta BMW Di Pusat Pameran Sebab Nak Suruh Bapa Beli Satu

Seorang lelaki dari bandar Jiangxi di Shangrao, China, telah bertindak mencalarkan kereta jenis BMW di pusat pameran kerana mahu bapa membelikan satu kereta tersebut kepadanya.

sengaja calarkan kereta bmw di pusat pameran sebab nak suruh bapa beli satu

Lelaki yang dikenali sebagai Ji Moubing bukanlah seorang kanak-kanak, namun beliau sudah berusia 22 tahun, yang datang ke pusat pameran kenderaan bersendirian.

Advertisement

Ji pada mulanya dilihat berdiri berdekatan dengan sebuah kereta BMW berwarna biru dan berniat mahu membeli kenderaan terbabit. Beliau memberitahu jurujual bahawa bapanya sudah berjanji akan membelikan kereta baru sebagai ganjaran kerana beliau telah mendapat lesen memandu.

sengaja calarkan kereta bmw di pusat pameran sebab nak suruh bapa beli satu

Tidak lama selepas itu, Ji bertindak diluar kawalan dan mencalarkan kenderaan terbabit menggunakan kunci kereta, menyebabkan jurujual panik dan menahan Ji untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

sengaja calarkan kereta bmw di pusat pameran sebab nak suruh bapa beli satu

Tidak dapat dipastikan sama ada bapa kepada lelaki ini akan membeli kereta tersebut atau membayar ganti rugi sahaja.

Sumber: Pear Video

ERA Muzik Hit Terkini