Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kini Jadi Trending, Elakkan Daripada Guna Pinggan Mangkuk Ayan

Jika sebelum ini trending pinggan dan mangkuk berhiasan, kini pinggan dan mangkuk jenis enamelware atau lebih dikenali sebagai ayan menjadi pilihan surirumah.

kini jadi trending, elakkan daripada guna pinggan mangkuk ayan

Rekaan vintage pada pinggan mangkuk ayan kembali menjadi perhatian masyarakat, tanpa menyedari kesan dan bahayanya kepada kesihatan.

Advertisement

Memetik hantaran Public Health Malaysia, pinggan mangkuk ayan dihasilkan daripada asas keluli, besi atau aluminium yang disalulti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

Masalah boleh terjadi jika produk ini dihasilkan oleh pengeluar yang tidak diketahui kerana pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium boleh berlaku. Bahan kimia merbahaya ini biasa digunakan untuk memberi warna menarik pada permukaan pinggan atau mangkuk.

Tambah Public Health Malaysia lagi, kesan daripada pencemaran bahan kimia ini akan memberi risiko dan masalah kepada perkembangan otak anak-anak. Dalam jangka masa panjang, kerosakkan organ boleh berlaku seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.

Justeru, elakkan daripada menggunakan pinggan atau mangkuk ini sebagai peralatan masakan. Tidak menjadi masalah jika ia digunakan sebagai hiasan semata atau mendapatkan ia daripada produk berjenama yang telah ditentusahkan melalui proses pemeriksaan kualiti yang ketat.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini