Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cara Yang Betul Basuh Tudung Supaya Tudung Tahan Lama

3 cara betul untuk basuh tudung

Bagi mereka yang berhijab pastinya banyak koleksi tudung milik mereka. Cara yang paling senang nak basuh tudung semestinya sumbat sahaja tudung sekali dengan pakaian kotor dalam mesin basuh. Tapi ada yang betul untuk buat tudung kekal berkualiti. 

Advertisement

1. Rendam 

Pakai tudung bukannya kotor mungkin hanya berbau disebabkan bau rambut yang terperap lama dalam anak tudung. Jadi eloklah rendam sahaja bersama sabun, bilas dan rendam pula dengan softener. 

2. Jangan jemur di bawah matahari. 

Untuk elakkan tudung korang rosak atau warnanya luntur tak perlu disidai di bawah matahari cukup sahaja sidai di tempat yang redup. Apatah lagi tudung materialnya agak nipis kan. 

3. Bancuh dulu softener

Kalau nak rendam tudung dengan pelembut pastinya dibancuh dulu. Jika terus tuang dan terkena tudung ia akan membuatkan tudung susah dibentuk. Bukan itu sahaja, pastinya ada kesan seperti berminyak pada tudung korang. 

ERA Muzik Hit Terkini