Skip to main content

Advertisement

Hiburan

5 Cara Mudah Nak Tahu Aplikasi Fake

5 cara mudah nak tahu aplikasi fake

Kredit gambar utama: Wiser 

Advertisement

Jangan mudah tertipu dengan pelbagai aplikasi palsu di Playstore. Ada beberapa cara untuk mengetahui supaya pengguna tak tertipu dengan aplikasi ini. 

1. Perhatikan dengan teliti carian di Playstore 

Jika anda mencari di carian, akan keluar beberapa pilihan menggunakan ikon yang sama. Perhatikan betul-betul supaya tak tertipu. 

2. Nama aplikasi dan pembangun aplikasi tersebut

Bukan sahaja ikon yang lebih kurang sama, malah nama juga begitu. Contohnya seperti Swiftkey dan Swift Keyboard. Pembuat aplikasi Swift Keyboard adalah Designer Superman, padahal Swiftkey dikeluarkan oleh Microsoft. Jadi hati-hati. 

3. Jumlah muat turun

Seperti aplikasi Whatsapp. Satu dunia menggunakan aplikasi ini. Jadi cuba semak jumlah muat turun untuk pastikan anda memuat turun aplikasi yang orginal. 

4. Baca description dan gambar screenshot

Untuk aplikasi yang original pastinya menggunakan bahasa standar yang mudah difahami dan bukannya bahasa rojak. 

5. Semak review

Bila ramai yang menggunakan aplikasi original pastinya akan ada review. Jika reviewnya banyak yang negatif, maka berhati-hatilah. 

Sumber: Wiser 

ERA Muzik Hit Terkini