Sebagai pengguna media sosial, membahan, mengecam atau juga membawang seakan menjadi satu perkara biasa khususnya di ruang komen, dan ini menjadi topik kepada kajian penyelidikan linguistik dari Universiti Sains Malaysia.

Kajian yang bertajuk ‘Analisis Ketidaksantunan Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Laman Sosial Facebook Berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Dan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson‘, oleh pengkaji Nur Atikah bt Jusoh, mengkaji tentang strategi-strategi pengguna laman Facebook dalam memberikan komen.
Advertisement
Istilah ‘membawang’ dipersembahkan sebagai terma ‘ketidaksantunan’, kerana ia mungkin lebih formal dan sesuai dengan kertas kajian.
Pengkaji telah memilih contoh posting di Facebook dan kemudian mengkaji strategi komen oleh netizen menerusi ruangan komen di posting berkenaan:

Menurut kajian tersebut, terdapat 4 jenis komen ketidaksantunan (membahan/membawang) yang digunakan oleh netizen iaitu:
- Ketidaksantunan Secara Langsung
- Digunakan untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar/penerima secara langsung.

- Ketidaksantunan Positif
- Komen yang tidak memberi perhatian dengan penggunaan bahasa yang tidak jelas

- Ketidaksantunan Negatif
- Berniat merosakkan air muka seseorang, berunsurkan menakut-nakutkan seseorang.

- Penggunaan Sindiran
- Komen yang berpura-pura.

Korang pula membawang jenis yang mana satu?
Sumber: Ajar Malaysia