Kredit gambar utama: pexels
Walaupun anda bukan kaki gemar berparti, tetapi tidak bermaksud anda sekadar mengambil pendekatan tidak peduli. Come on, ambang tahun baru hanya datang setahun sekali, takkan nak dirai dengan dengkuran halus di atas katil.
Memang tidak dinafi, ramai peniaga sering mengambil kesempatan hari-hari perayaan untuk menaikkan harga barangan jualan. Iyalah, waktu inilah orang jarang berkira untuk membeli itu ini, semata-mata untuk menjadikan sambutan perayaan mereka happening. Tetapi tahukah anda, anda boleh aikan tahun baru dengan cara paling menjimatkan dengan 4 cara ini.
#1 Countdown Di Hadapan TV
Ingin tengok percikan bunga api, dihiburkan dengan selebriti kesayangan dan pada masa sama enggan lari daripada kopi panas serta keempukan sofa rumah anda? Hanya buka TV dan anda dapat apa yang diingini tanpa perlu meredah jem. Anda boleh countdown bersama ahli keluarga sambil mengimbas kenangan pahit manis sepanjang 2017. Pastikan tidak terlalu bising dan mengganggu jiran tetangga. Iya, jika gaya sambutan seperti itu membuat anda happy apa salahnya. Cuma apa yang dapat kami katakan, menonton persembahan secara live serta melihat aksi penghibur terkenal di hadapan mata dan menerusi TV jauh bezanya!
#2 Sambut Dengan Gajet

Kredit: Mac Rumors
Tidak kira di mana jua sambutan tahun baru diadakan, anda tidak boleh lari daripada bersesak-sesak dengan ribuan pengunjung lain. Sesetengah orang seronok berada di tengah-tengah persekitaran penuh manusia, tetapi jika anda bukan jenis ini, anda boleh raikan tahun baru di atas sofa empuk di rumah.
Nak bersosial tidak semestinya perlu bertemu 4 mata. Anda masih boleh bersosial dengan gajet. Masih boleh berhubung dan memberi ucapan tahun baru kepada rakan-rakan, dan pada masa sama ajak mereka bermain permainan online yang boleh didapati secara percuma di App Store dan Google Play Store.
#3 Makan & Makan Lagi

Kredit: SBS
Di sesetengah tempat dan budaya, mereka percaya makanan yang dinikmati di ambang tahun baru boleh mempengaruhi dan membatu kejayaan mereka di tahun mendatang. Mi suah misalnya simbolik untuk umur yang panjang bagi Masyarakat Cina dan sebahagian budaya Asia.
Di Sepanyol pula, mereka makan 12 biji buah anggur-- sebiji untuk setiap bulan. Cara makannya pula dengan menelan keseluruhan anggur pada waktu tengah malam. Mereka percaya cara membawa tuah untuk 12 bulan mendatang. Di Amerika pula, mereka makan roti jagung sebagai simbolik untuk menarik tuah kerana warna jagung yang seakan emas.
Jika anda sukakan sesuatu yang berminyak dan manis, anda mungkin boleh mengikut jejak langkah masyarakat Belanda yang makan oliebollen, pastri seakan donut berbentuk bulat yang berinti epal dan kismis. Makanan bakar berbentuk bulat simbolik untuk kitaran setahun mendatang yang membawa maksud permulaan baru. Anda boleh lihat tutorial membuat oliebollen di sini.
#4 Sambutan Luar Biasa

Kredit: sunway.city
Anda bukanlah seorang yang gemar terpuruk di rumah dan sukakan suasana sambutan ambang tahun baru yang happening? Anda boleh bersama-sama Countdown To Amazing 2018 @ Sunway City. Memang jimat dan luar biasa sambutan di sini.
Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan bermula pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam. Selain menyaksikan persembahan memukai selebriti terkenal seperti Fuying & Sam, Nicole, Joe Flizzow, dan SonaOne, anda pastinya teruja menyaksikan percikan bunga api besar dan berwarna-warni sambil ditemani Abe Jaa yang turut sama meraikan sambutan tahun baru di sana.