Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cara Pindahkan Semua Mesej Daripada WhatsApp Ke Telegram

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp sering menjadi pilihan ramai dalam berkomunikasi dengan lebih mudah antara satu sama lain.

Namun, ramai yang dilihat telah meninggalkan aplikasi WhatsApp baru-baru ini disebabkan terma dan syarat baharu yang cuba diubah oleh pihak syarikatnya, Facebook.

Advertisement

Meskipun update itu telah ditunda, ia membuatkan pengguna merasa tidak selamat dengan privasi pengguna, lalu memilih untuk menggunakan aplikasi permesejan lain seperti Telegram.

cara pindahkan semua mesej daripada whatsapp ke telegram

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk memindahkan mesej WhatsApp ke Telegram:

  1. Pilih mesej yang anda mahu pindahkan ke Telegram.
  2. Tekan pilihan pada atas kanan dan tekan More.
  3. Pilih Export Chat. Disini anda boleh memilih sama ada mahu memindahkan gambar dan video bersama atau tidak.
  4. Pilih aplikasi Telegram.
  5. Pilih lokasi daripada contact list dan tunggu sehingga mesej siap di eksport.

cara pindahkan semua mesej daripada whatsapp ke telegram

Setakat ini, hanya aplikasi Telegram yang menyokong pemindahan mesej daripada WhatsApp, Line dan juga KakaoTalk. Pastikan juga aplikasi Telegram anda dalam versi terbaru sebelum menggunakan fungsi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Telegram Twitter

ERA Muzik Hit Terkini