Sejak beberapa bulan lalu, Malaysia berjaya membongkarkan beberapa aktiviti penipuan atas talian atau scam yang berlaku di negara ini.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana scammer ini mendapat maklumat peribadi anda?
Advertisement
Menerusi video oleh laman Facebook AITI Brunei, nyata cara yang digunakan scammer untuk mencuri data peribadi seseorang adalah sangat menakutkan.


Bermula daripada gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial, scammer boleh memperoleh banyak maklumat peribadi seseorang seperti nama penuh, nombor pengenalan, alamat rumah, dan juga butiran kad kredit atau bank.

Meskipun foto yang dikongsikan di laman sosial anda seperti tidak memberikan impak besar, namun ia sudah cukup untuk scammer menyebabkan kerugian hingga berjuta ringgit.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi di media sosial. Peka dengan keadaan sekeliling, dan elakkan diri serta keluarga anda dari menjadi mangsa jenayah siber.
Sumber: AITI Brunei