Nama Sugu Pavithra yang merupakan pasangan suami dan isteri yang berasal dari Buntong, Ipoh Perak ini telah menarik perhatian ramai dek kerana video masakan mereka di Youtube.

Saban hari, video masakan oleh mereka mendapat tontonan ramai sehinggakan mereka kini mempunyai 340 ribu subscribers di Youtube.
Advertisement
Selain daripada resipi masakan, ramai juga yang bertanya tentang cara untuk mendapatkan kuali yang berkilat, seperti yang selalu digunakan oleh Pavithra ketika masakan.

Menerusi video ringkas dilaman Youtube, mereka telah menunjukkan cara bagaimana beliau membersihkan kuali dan sinki sehingga berkilat selepas digunakan. Caranya sangat mudah untuk diikuti.

Selamat mencuba!
Sumber: Sugu Pavithra